My Add

Thursday 1 November 2012

DBKL bakal umum hari bebas kenderaan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 01 November, 2012: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memilih satu hari khusus untuk dijadikan hari bandar raya ini bebas kenderaan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib, berkata pihaknya masih berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai cadangan itu.

“DBKL sedang memilih jalan tertentu sekitar bandar raya yang sesuai dijadikan laluan bebas kenderaan untuk sehari. Kita akan pastikan langkah itu tidak mengganggu lalu lintas sehingga menyebabkan kesesakan.

Usaha kurangkan kenderaan

“Usaha ini dibuat sebagai permulaan mengurangkan kenderaan di bandar raya,” katanya selepas mengumumkan laluan baru sejauh 12.1 kilometer (km) bagi acara Cabaran Amal Korporat, Kayuhan OCBC Malaysia 2013, semalam.

Beliau berkata, di bawah ‘Greater KL,’ pihaknya menyediakan laluan khas sepanjang Sungai Gombak bermula dari Jelatek ke pusat beli-belah Mid Valley untuk orang ramai berjalan kaki atau berbasikal.

Cabaran Amal Korporat akan berlangsung 11 hingga 13 Januari tahun depan dengan beberapa jalan sekitar bandar raya ditutup bermula dari KLCC, Jalan Pinang, Jalan Raja Chulan, Jalan Parlimen melalui Dataran Merdeka dan Jalan Sultan Salahudin.

Acara itu terbahagi kepada kategori kayuhan komuniti (24km), cabaran (48km), acara kanak-kanak (5.5km), cabaran junior (30 minit) dan kayuhan basikal roda tiga (100 meter). - BH

No comments:

Post a Comment