My Add

Friday 2 November 2012

 Poral Ready4Work sedia maklumat kerjaya

Mohamed Khaled diberi penerangan  mengenai Portal Ready4Work di UTM Jalan Semarak, semalam.  - Foto Nashairi Mohd Nawi*MOHAMAD Khaled diberi penerangan mengenai Portal Ready4Work di UTM Jalan Semarak, semalam. - Foto Nashairi Mohd Nawi

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 01 November, 2012: Pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bakal menikmati kemudahan maklumat peluang kerjaya mengikut keperluan industri melalui pelancaran Portal Ready4Work.
Portal yang dilancarkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, semalam dibangunkan secara kerjasama Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Pendedahan peluang kerja
Penubuhan portal itu untuk memberi pendedahan kepada bakat muda negara ini mengenai peluang kerjaya dari sudut keperluan industri bagi memastikan kebolehpasaran graduan.
“Ready4Work adalah pembelajaran secara online dengan platform MyLine yang boleh diakses semua pelajar 20 IPTA negara ini dan akan memanfaatkan sehingga 500,000 pengguna berdaftar MyLine.
“Ready4Work mengandungi panduan persediaan temu duga berdasarkan perspektif majikan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Rasmi Portal Ready4Work di sini, semalam.
Turut hadir, Pro Canselor UTM, Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor dan Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp, Johan Mahmood Merican. - BH

No comments:

Post a Comment