My Add

Monday 12 November 2012

Ejen perbankan BSN di stesen PETRONAS luar bandar disediakan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 12 November, 2012: Petronas Dagangan Bhd (PDB) mensasarkan untuk menawarkan alternatif mudah kepada komuniti tempatan dengan akses terhad kemudahan perbankan.

Hari ini, ia memperkenalkan "ejen Perbankan BSN dengan Petronas" melalui
perkongsian strategik dengan Bank Simpanan Nasional (BSN).

 "Inisiatif oleh BSN ini tersedia di 200 stesen Petronas di kawasan luar bandar di seluruh negara dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam," katanya dalam
satu kenyataan.

Perkhidmatan yang ditawarkan termasuk deposit, pengeluaran, pembayaran bil
utiliti, pembelian Sijil Simpanan Premium (eSSP), dan pembayaran tanpa tunai
dengan Kad ATM BSN bagi pembelian antara RM10 dan RM500 sehari dari kedai
serbaneka Mesra. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment