My Add

Monday 12 November 2012

Malaysia jadi tumpuan usahawan Cina seluruh dunia

 Daripada Mohd Feroz Abu Bakar
MELBOURNE: Malaysia menjadi tumpuan usahawan bangsa Cina dari seluruh dunia kerana rakyat Malaysia memahami nilai dan etika perniagaan orang Cina, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, usahawan berbangsa Cina sama ada dari Amerika Syarikat, Singapura, Australia dan juga China menjadikan Malaysia sebagai lokasi untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka ke negara lain. Muhyiddin berkata, rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan bahasa menjadi penghubung kepada usahawan global untuk berurus-niaga di negara berbahasa Inggeris seperti India atau Timur Tengah.

"Malaysia satu-satunya negara di luar China yang mempunyai sistem pendidikan berbahasa Mandarin dari peringkat pra-sekolah hingga ke universiti.

"Sebahagian rakyat Malaysia bukan keturunan Cina juga mengikuti sistem pendidikan berbahasa Mandarin.

"Ini membolehkan Malaysia menjadi penghubung kepada kira-kira 50 juta orang Cina luar negara dan lebih 1.3 bilion rakyat China," katanya dalam ucaptama di Forum Ekonomi China Sedunia Keempat (WCEF) di sini, pagi tadi.

Hadir sama Gabenor Victoria, Alex Chernov, Ketua Menteri Victoria, Ted Baillieu, Penaung dan Pengasas Bersama WCEF, Tan Sri Liew Kim Yew, Pengerusi WCEF yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepemimpinan dan Strategi Asia (ASLI), Tan Sri Dr Michael Yeoh dan Presiden MCA yang juga Penaung WCEF, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Muhyiddin dalam rangka lawatan kerja sembilan hari ke Melbourne, Brisbane dan Gold Coast bermula Sabtu lalu. - BH

No comments:

Post a Comment