My Add

Friday 2 November 2012

Halang ADUN lompat parti

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
 PULAU PINANG, KHAMIS, 01 November, 2012: Pindaan baharu Perlembagaan Negeri bagi menghalang wakil rakyat yang dipilih sebagai ahli dewan undangan negeri (ADUN) melompat parti diluluskan dalam persidangan Dewan Undangan (DUN) hari ini.

Rang undang-undang itu yang dimasukkan sebagai Perkara 14A Perlembagaan negeri dinamakan 'Pertukaran parti politik seorang ADUN' dibentangkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) (gambar) dan mendapat sokongan majoriti dua pertiga.

Pindaan itu memperuntukkan ADUN yang dipilih daripada sesebuah parti politik hendaklah mengosongkan kerusinya jika melepaskan atau dilucutkan keahliannya atau berhenti daripada menjadi ahli parti politik berkenaan atas sebarang sebab.

Selain itu, seorang ADUN yang dipilih sebagai bebas hendaklah mengosongkan kerusinya sekiranya menyertai parti politik. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment