My Add

Friday 2 November 2012

Jemaah haji Malaysia yang sakit berkurangan

SEPANG, KHAMIS, 01 Novvember, 2012: Jumlah pesakit jemaah haji Malaysia pada tahun ini mengalami penurunan agak ketara iaitu 132 orang berbanding tahun-tahun sebelum yang mencatat lebih 200 orang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ia disebabkan kemudahan rawatan yang disediakan Tabung Haji (TH) yang berkualiti dan wujud kesedaran tinggi di kalangan jemaah haji dalam soal kesihatan diri sepanjang mengerjakan ibadat Haji.

“Setakat ini 117 daripada mereka dirawat di Hospital TH dan selebihnya iaitu seramai 15 orang di Hospital Arab Saudi.

“Rawatan di hospital Arab Saudi itu perlu memandangkan 15 pesakit tersebut memerlukan kemudahan rawatan yang tidak ada di Hospital TH," katanya.

Beliau berkata demikian sejurus tiba dari Jeddah, Arab saudi selepas mengerjakan ibadat Haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Seramai 28,000 jemaah haji Malaysia mengerjakan ibadat Haji dan penerbangan pertama tiba malam ini manakala yang terakhir pada 29 November ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment