My Add

Thursday 1 November 2012

Isteri anggota polis bersyukur suami selamat

KOTA BHARU, RABU, 31 Oktober, 2012: Isteri anggota polis yang ditembak penjenayah ketika bertugas, Naziah Yusof, 48, mengakui terkejut sebaik sahaja menerima berita tentang kejadian yang menimpa suaminya, Koperal Mat Raduan Mat Hassan, 50.

Naziah ketika ditemui pemberita di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dekat sini berkata, ketika kejadian dia berada di rumah di Kampung Gunung, Bachok.

Menurutnya, dia mendapat berita mengenai kejadian yang menimpa suaminya itu awal pagi ini selepas dihubungi ibunya.

"Ini kali pertama kejadian seperti ini menimpa suami saya. Saya bersyukur kerana dia selamat," katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi, Mat Raduan ditembak oleh seorang penjenayah ketika sedang bertugas di Kilometer 40, Jalan Machang-Kuala Krai berhampiran Kampung Kemumin, Machang awal pagi ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment