My Add

Thursday 1 November 2012

Razif, Muhamad Razin dibicara hari ini

KUALA LUMPUR, RABU, 31 Oktober, 2012: Perbicaraan dua rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Lebanon kerana disyaki terbabit dalam kegiatan keganasan dan mempunyai kaitan dengan kumpulan Al-Qaeda bermula hari ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Hakim Mahkamah Tentera di Beirut telah menangguhkan sesi perbicaraan sebelum ini bagi membolehkan pihak peguam membuat persediaan lanjut terhadap kes membabitkan Razif Mohd. Ariff, 30, dan Muhamad Razin Sharhan Mustafa Kamal, 21.

''Kedutaan Besar Malaysia di Beirut telah membantu mendapatkan khidmat seorang peguam untuk mewakili mereka.

''Kedua-dua suspek dibicarakan di Mahkamah Tentera berdasarkan pertuduhan terhadap mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Anifah memberitahu, beliau turut difahamkan bahawa kes tersebut akan didengar oleh tujuh orang hakim termasuk seorang pegawai tentera. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment