My Add

Friday 2 November 2012

Keadaan pelajar Malaysia terkawal

KuUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 November, 2012: Kedutaan Malaysia di Washington DC belum menerima sebarang permohonan meminta bantuan daripada pelajar negara kita di rantau timur Amerika Syarikat yang terjejas akibat Taufan Sandy.

Sumber Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam yang digerakkan kedutaan berkenaan, ini berikutan pelajar terbabit sudah membuat persediaan keperluan secukupnya selepas menerima amaran awal mengenai ancaman taufan berkenaan.

Tiada kerosakan harta

“Mereka berada dalam keadaan baik dan terkawal. Kami sudah melakukan pemantauan dan secara keseluruhan dilaporkan tiada kerosakan harta benda dialami pelajar kita di sana akibat bencana itu. Kebanyakan pelajar tinggal di tingkat atas apartmen, justeru tidak terbabit dengan banjir.

“Selain itu, wakil pelajar ketika dihubungi turut memaklumkan antara mereka yang trauma sehingga memerlukan khidmat kaunseling. Rata-rata pelajar Malaysia di sini memiliki keseimbangan dan kekuatan emosi serta mampu berdikari menghadapi pelbagai cabaran di perantauan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Laporan akhbar semalam memetik Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata ada kira-kira 1,200 pelajar Malaysia di kawasan yang terjejas dan mereka diingatkan berhati-hati mengenai keadaan semasa, termasuk sentiasa peka kepada amaran dikeluarkan pihak berkuasa negeri masing-masing. - BH

No comments:

Post a Comment