My Add

Friday 2 November 2012

KLIA2 sedia tarik lebih 50 peratus syarikat penerbangan kos rendah dunia

SEPANG, JUMAAT, 02 November, 2012: Terminal Syarikat Penerbangan Kos Rendah (LCCT), KLIA2 sudah bersedia menarik lebih daripada 50 peratus syarikat penerbangan tambang rendah dunia apabila memulakan operasinya pada Mei tahun depan.

Pada masa ini terdapat sejumlah 30 hingga 40 syarikat penerbangan tambang rendah dunia berbanding hanya lima syarikat penerbangan sejak lima tahun lalu.

Pengurus Besar Pembinaan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Mohd Zaifuddin Idris, berkata pada masa ini 12 syarikat penerbangan tambang rendah terbang dari KLIA2 dan dua lagi syarikat penerbangan akan masuk apabila kemudahan baru itu siap.

"Kedua-dua syarikat penerbangan tambang rendah itu ialah Malindo Airways dan Firefly," katanya kepada pemberita sempena pemasangan akhir struktur jambatan udara KLIA2 di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment