Kebajikan veteran tentera dipuji negara luar
SEREMBAN, ISNIN, 12 November, 2012: Kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak pernah diabaikan malah dianggap paling terbaik berbanding negara-negara lain termasuk di negara maju.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan sentiasa komited dan prihatin dalam menjaga kebajikan golongan tersebut dan usaha ini turut diakui oleh beberapa negara seperti Amerika Syarikat, New Zealand, Britain serta Australia.
''Perkara ini dinyatakan sendiri oleh pengarah jabatan veteran tentera negara terbabit dalam satu persidangan dan pertemuan khas bagi melakukan perbandingan mengenai soal kebajikan.
''Mereka memuji kemampuan kerajaan dalam menjaga soal kebajikan veteran tentera di negara ini yang bukan sahaja meliputi soal perubatan, malah membabitkan anggota keluarga dan pendidikan anak-anak veteran tentera," katanya pada sidang akhbar sempena majlis Jamuan Mesra Rakyat Bersama Warga Kem Sikamat di Pekarangan Kem Rejimen 4 Artileri Diraja, Kem Sikamat, dekat sini malam tadi. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment