My Add

Tuesday 13 November 2012

Bidang kuasa Speaker tentukan tempat Betty’

PULAU PINANG, ISNIN, 12 November, 2012: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Abdul Halim Hussain menganggap tidak wujud sebarang isu berhubung kontroversi membabitkan isteri Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang duduk di kawasan yang dikhaskan kepada pegawai kerajaan semasa persidangan DUN baru-baru ini.

Abdul Halim berkata, perkara itu tidak seharusnya dibangkitkan kerana ia tertakluk kepada bidang kuasanya sebagai Speaker untuk menentukan tempat Betty Chew yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kota Laksamana, Melaka boleh duduk.

“Saya tahu bidang kuasa sebagai Speaker dan menganggap pihak yang membangkitkan hal ini sebagai tidak ada kerja.

“Fungsi DUN adalah untuk membahaskan masalah rakyat dan bukannya fokus kepada benda-benda ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.  - UTUSAN

No comments:

Post a Comment