My Add

Friday 2 November 2012

Kekerasan terhadap polis: Pengawal keselamatan didenda

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 01 November, 2012: Seorang pengawal keselamatan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan melakukan kekerasan jenayah dan khianat terhadap seorang anggota polis, Sabtu lepas.

Majistret Saifulakmal Said menjatuhi hukuman denda RM1,000 bagi setiap pertuduhan terhadap S. Saravanan, 37, dan memerintahkan dia menjalani hukuman penjara sebulan jika gagal membayar denda itu.

Bagi pertuduhan pertama, Saravanan didakwa melakukan kekerasan jenayah kepada seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ketika menjalankan tugas.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa dengan sengaja melakukan khianat dengan menolak anggota polis itu sehingga menyebabkan telefon bimbit Lans Koperal itu jatuh dan menyebabkan skrinnya pecah.

Saravan didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Pondok Bergerak, Pasar Seni, Jalan Tun Tan Cheng Lock di sini pada 3 petang, 27 Oktober lepas.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment