My Add

Friday 2 November 2012

7 banduan ikuti ijazah pentadbiran perniagaan

KAJANG, KHAMIS, 01 November, 2012: Tujuh penghuni Penjara Kajang ditawarkan mengikuti pengajian ijazah pentadbiran perniagaan di Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, pengajian untuk penghuni itu adalah penting bagi mempercepat proses pemulihan mereka di samping membantu mereka mendapatkan kerja lebih baik selepas keluar penjara.

"Yuran pengajian mereka ditanggung oleh keluarga masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat tawaran kepada penghuni itu, bersempena sambutan ke-163 Hari Jabatan Penjara di Kolej Penjara Malaysia di sini hari ini.

Mereka masuk penjara kerana terbabit dalam jenayah kecil.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment