My Add

Saturday 3 November 2012

Laporan Ketua Audit Negara telus

PULAU PINANG, JUMAAT, 02 November, 2012: Laporan Ketua Audit Negara adalah bersifat 'colour blind' iaitu tidak memihak dan dikuasai oleh badan tertentu atau mana-mana kuasa politik.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, Jabatan Audit Negara merupakan sebuah badan bebas yang menjalankan tugas berlandaskan piawaian audit antarabangsa serta tidak melihat kepada pihak yang melaksanakan projek tetapi berasaskan tajuk projek itu.

Katanya, setiap jabatan atau negeri yang diaudit akan disusuli dengan laporan yang boleh dilihat semua pihak terbabit.

"Namun, semua laporan harus dibaca secara keseluruhan dan bukannya diambil separuh-separuh serta lihat kembali maklum balas setiap agensi yang telah diaudit.

"Kita akui memang terdapat kelemahan tetapi sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa serta juga tidak mahu kesilapan itu berulang," katanya. -UTUSAN

No comments:

Post a Comment