My Add

Wednesday 28 November 2012

MILF mahu jadi parti politik bela Bangsamoro

KUALA LUMPUR, SELAA, 27 November, 2012: Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) berhasrat mengubah pertubuhan tersebut menjadi sebuah parti politik yang mampu membela nasib rakyat di wilayah Bangsamoro dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Pengerusinya, Murad Ebrahim berkata, untuk itu UMNO merupakan contoh terbaik yang perlu diikuti MILF kerana parti tersebut sehingga kini berjaya mengekalkan keamanan serta kemakmuran di Malaysia.

Malah tambah beliau, UMNO juga berjaya menyatukan rakyat Malaysia walaupun penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum.

"Pengalaman-pengalaman UMNO ini yang wajar dijadikan contoh oleh MILF. UMNO berjaya membela nasib rakyat sejak Malaysia masih belum merdeka kemudian mencapai kemerdekaan sehinggalah ke hari ini.

"UMNO juga berjaya mengekalkan keamanan dan kemakmuran walaupun rakyatnya pelbagai kaum. Hasilnya, Malaysia berada dalam kedudukan yang baik dalam pelbagai bidang," katanya.

Beliau ditemui pemberita pada hari terakhir Forum Antarabangsa UMNO kali ketiga sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Menurut Murad, pihaknya serius melakukan transformasi di dalam MILF kerana yakin pertubuhan itu mampu memberi sumbangan lebih daripada sekarang.

"Sebab itu kita mahu MILF mengikut jejak langkah UMNO sebagai sebuah parti yang berjaya di Malaysia," ujarnya.

MILF sebelum ini amat menghargai peranan Malaysia khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang banyak membantu menjayakan proses perjanjian damai yang membawa kepada gagasan penubuhan wilayah autonomi Bangsamoro, Oktober lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment