My Add

Thursday 1 November 2012

Nik Aziz bersikap dwistandard

KUALA LUMPUR, RABU, 31 Oktober, 2012:Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini dibidas kerana bersikap dwistandard berhubung desakan pelbagai pihak agar beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.

Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, tindakan Nik Abdul Aziz menyifatkan pihak yang memintanya berundur sebagai 'orang menganggur' juga jelas menunjukkan beliau tidak menghormati kebebasan bersuara.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu juga mengkritik Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah kerana meminta pihak lain 'jangan menyibuk' meminta Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Datuk Ahmad Yakob meletakkan jawatan berikutan skandal projek Lembah Sireh.

''Mursyidul Am Pas itu berkata beliau tidak akan melayan sebarang desakan untuk berbuat demikian melainkan datang daripada orang Pas sendiri. Lupakah dahulu beliau pernah 'm - UTUSANenyibuk' mendesak Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan walhal beliau bukannya ahli UMNO," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment