My Add

Thursday 1 November 2012

Pas Kelantan anggap Projek Lembah Sireh tidak merugikan

Ahmad Yakob 
 KOTA BHARU, RABU, 31 Oktober, 2012: Kerajaan Pas Kelantan menyifatkan pelaksanaan Projek Lembah Sireh bernilai RM2 bilion yang melibatkan kerajaan negeri memindah milik tanah seluas 286.7 hektar kepada syarikat pemaju seperti didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2011, sebagai tidak merugikan.

Sebaliknya, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob mendakwa, pelaksanaan projek tersebut telah membolehkan kerajaan negeri menyelamatkan wang Persekutuan antara RM500 juta hingga RM600 juta melalui pembinaan benteng tebatan banjir sepanjang 4.6 kilometer.

Beliau yang tidak menyatakan kos pembinaan benteng tebatan banjir yang dibuat turut mengakui pendedahan laporan audit bahawa kerajaan negeri telah memindah milik tanah seluas 286.7 hektar di kawasan itu kepada syarikat pemaju, syarikat Liziz Standaco Sdn. Bhd. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment