My Add

Saturday 3 November 2012

Peguam Suaram mengaku tulis surat

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 November, 2012: Peguam yang dikaitkan dengan isu penulisan surat kepada peguam Perancis dengan mendakwa Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sebagai pertubuhan berdaftar, Amer Hamzah Arshad (gambar) mengakui bertanggungjawab menulis surat tersebut.

Menurutnya, tindakan itu tidak salah memandangkan Suaram adalah sebuah syarikat yang didaftarkan melalui Suara Inisiatif Sdn. Bhd. (Suara Inisiatif) di bawah Akta Syarikat 1965 dan menjalankan aktiviti berkaitan hak asasi manusia di bawah nama Suaram.

Beliau turut menafikan dakwaan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat Rabu lalu, surat itu ditulis dengan sengaja untuk menipu dan mengelirukan peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham supaya mempercayai Suaram adalah entiti berdaftar. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment