My Add

Saturday 3 November 2012

ATM pantau pengganas

Oleh SYUKRI SHAARI
 KUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 November, 2012: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa memantau kegiatan pengganas di negara ini bagi mengelakkan negara terus menjadi pusat transit kepada sebarang aktiviti kumpulan berkenaan.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, usaha pemantauan itu turut disokong dengan perkongsian maklumat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi-agensi berkaitan.

"Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan telah mendedahkan negara kita menjadi pusat transit kepada kumpulan pengganas. Oleh itu, ATM sentiasa memantau keadaan ini dan bekerjasama dengan PDRM selaku agensi utama membanteras kegiatan keganasan di negara ini.

"Selain itu, ATM juga berkongsi maklumat serta risikan dengan agensi-agensi perisikan antara negara di dunia bagi mendapatkan informasi terkini dalam usaha mengelakkan negara daripada terus menjadi pusat transit kepada pengganas," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment