My Add

Thursday 1 November 2012

Pemantauan tetap diteruskan

Oleh HUSSAINI AMRAN
 KUALA LUMPUR 31 Okt. - Kementerian Dalam Negeri mendedahkan masih ramai lagi rakyat Malaysia dan warga asing yang sedang di dalam pemantauan kerana disyaki terlibat dengan kumpulan-kumpulan pengganas khususnya yang berpangkalan di Asia Barat.

Bagaimanapun, Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta orang ramai tidak panik kerana setakat ini maklumat risikan menunjukkan tiada ancaman keselamatan yang serius terhadap negara.

Beliau turut mengesahkan negara ini tidak dijadikan sebagai pangkalan untuk kumpulan-kumpulan pengganas seperti al-Qaeda dan Taliban melancarkan serangan dan pada masa ini, anggota-anggota kumpulan terbabit hanya menjadikan Malaysia sebagai transit.

''Agensi-agensi perisikan antarabangsa termasuk Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat, Agensi Perisikan Britain (MI6) dan India, Pakistan serta China mendapati kumpulan-kumpulan militan tidak melihat Malaysia sebagai sasaran," ujarnya. - UTUSAN
 

No comments:

Post a Comment