My Add

Thursday 1 November 2012

Stesen imrtv, imrfm dilancar

Oleh HELMI MOHD. FOAD
 SHAH ALAM, RABU, 31 Oktober, 2012: Saluran televisyen dan radio Internet, imrtv.com dan imrfm.com yang dilancarkan secara rasmi hari ini berhasrat untuk membentuk rangkaian pemikiran dalam kalangan masyarakat agar lebih memahami tentang Islam, Melayu dan raja di negara ini.

Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali yang juga Pengarah IMR Network Sdn. Bhd. (IMR Network) berkata, saluran tersebut juga bakal menyajikan perbincangan tentang pelbagai isu membabitkan ketiga-tiga perkara tersebut secara lebih terbuka, namun masih terbatas kepada ruang lingkup Perlembagaan Persekutuan.

''Kita mahu membuka satu dimensi dengan seluas-luasnya untuk membina negara berasaskan kepada Islam, Melayu dan raja (IMR). Dengan begitu dahsyatnya serangan dihadapi oleh Islam, Melayu dan raja, siapakah yang akan tampil ke hadapan?," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment