My Add

Thursday 1 November 2012

Perkhidmatan awam perlu perkukuh Agenda Pilihan Rakyat

Oleh KAMIL MASLIH
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 01 November, 2012: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru sektor perkhidmatan awam untuk memperkukuhkan konsep 'Agenda Pilihan Rakyat' iaitu menyediakan perkhidmatan berlandaskan kehendak dan permintaan pelanggan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dalam era modenisasi penyampaian perkhidmatan awam, peningkatan kualiti pengurusan perkhidmatan perlu seiring dengan maklum balas dan kehendak semasa rakyat.

"Saya ingin tekankan bahawa kita bukan lagi bertakuk kepada kepuasan pelanggan tetapi kepada kesetiaan pelanggan.

"Ini amat memerlukan dedikasi, kebijaksanaan dan kesungguhan penjawat awam untuk menilai dan bertindak cepat menyelesaikan sesuatu aduan," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perkhidmatan Awam ke-17 di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment