My Add

Thursday 1 November 2012

Undang-undang berkaitan teknologi perlu dipinda - Rais

KUALA LUMPUR, KHAMIS. 01 November, 2012: Beberapa undang-undang berkaitan teknologi perlu dipinda supaya selaras dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, untuk itu kementerian akan mengkaji beberapa perundangan yang dilihat tidak sesuai lagi dengan perkembangan teknologi semasa.

Contohnya, istilah warisan yang digunakan dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005, isu perlindungan data peribadi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 serta beberapa kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, termasuk hak-hak kebebasan berbanding kepentingan awam, perlu dikaji semula, katanya.

"Ini akan kita kemukakan (kepada Kabinet). Dari aspek inovasi, ia melibatkan pemikiran baharu supaya selari dengan perubahan teknologi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi 2012 kementerian itu di Muzium Negara di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment