My Add

Saturday 3 November 2012

Permohonan batal jual, pindah aset PKNS

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 November, 2012: Seorang peguam akan mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini Selasa ini untuk mendapatkan perintah perisytiharan membatalkan cadangan penjualan dan pemindahan lima aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Dalam permohonan tersebut, peguam berkenaan, Kamarudin Ahmad memohon Menteri Besar Selangor dan PKNS membatalkan cadangan penjualan dan pemindahan lima aset berkenaan kepada Private Real Estate Company (PREC) atau anak-anak syarikat lain milik PKNS.

Lima aset tersebut adalah Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, Pusat Konvensyen SACC Shah Alam, Menara PKNS Petaling Jaya dan Wisma Yakin, Jalan Masjid India di ibu negara.

Permohonan itu akan dikemukakan atas alasan tindakan PKNS itu melanggar Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 1964, Perkara 81 Perlembagaan Persekutuan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment