My Add

Saturday 3 November 2012

2 beradik ditahan

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
 ALOR SETAR, JUMAAT, 02 November, 2012: Polis menahan dua beradik bagi membantu siasatan kes seorang wanita warga emas yang dirompak sebelum dibunuh ketika berseorangan di rumahnya di Lorong Keriang dekat sini semalam.

Suspek berusia 30 dan 35 tahun ditahan pukul 4 petang semalam di Taman Setia Jaya di sini, kurang 24 jam selepas warga emas terbabit, G. Supama, 68, ditemui mati akibat sesak nafas.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Deputi Supritendan, V. Saravanan berkata, pihaknya turut memperoleh perintah tahanan reman sehingga 8 November ke atas kedua-dua suspek.

Menurut beliau, perintah reman itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret, Datin Chan Lee Fong mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment