My Add

Monday 12 November 2012

Polis tumpaskan rangkaian edar dadah di Perak

IPOH, ISNIN, 12 November, 2012: Polis percaya berjaya menumpaskan rangkaian pengedaran dadah di sini dan Taiping dengan penangkapan tiga orang pada Sabtu lalu.

Penangkapan tiga orang berusia antara 30 dan 47 tahun itu membawa kepada penemuan 400 gram ketamin bernilai RM10,000 dan satu kilogram syabu bernilai RM150,,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak, Asisten Komisioner Roslan Abd Wahid berkata, serbuan dilakukan pada jam 10 malam di sebuah rumah pangsa di Lebuh Lasam di sini menemui satu beg diletak di sebuah tembok pagar berisi dadah berkenaan.

Katanya, tiga lelaki berkenaan yang berada di situ turut ditahan dan dua kereta digunakan mereka iaitu Toyota Caldina dan KIA Spectra turut dirampas.

Beliau berkata, salah seorang daripada lelaki itu adalah pengurus sebuah pusat hiburan di sini. "Kita percaya dadah berkenan dijual kepada pengunjung dan pekerja pusat hiburan itu," katanya.

Katanya, mereka direman sehingga 17 November untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BH

No comments:

Post a Comment