Jabatan Meteorologi ramal hujan, ribut petir ketika sambutan Deepavali
KUALA LUMPUR, ISNIN, 12 November, 2012: Jabatan Meteorologi meramalkan hujan di sana sini dan ribut petir dijangka berlaku ketika sambutan Deepavali, esok.
Menurut jabatan itu, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu dijangka hujan
pada sebelah pagi. Manakala Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah juga dijangka mengalami hujan di sana sini di kawasan pantai pada waktu pagi.
"Di negeri lain, cuaca cerah diramal pada sebelah pagi," kata jabatan itu hari
ini.
Pada sebelah petang, ribut petir di beberapa tempat dijangka berlaku di
Selangor, Kuala Lumpur, Perlis, Kedah, Putrajaya, Melaka, Johor, Pahang, Sarawak dan Sabah.
Hujan juga dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu pada sebelah petang.
Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh layari www.met.gov.my untuk
mendapatkan maklumat cuaca pada setiap hari di seluruh negara. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment