My Add

Friday 2 November 2012

Projek Raudhatul Sakinah tarik minat negara luar

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 November, 2012: Projek Raudhatul Sakinah atau kubur dalam taman dan sistem e-Pusara kelolaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mula menarik minat pihak dari dalam dan luar negara untuk mengetahui lebih lanjut pelaksanaannya.

Menurut Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali, selain pihak berkuasa tempatan dan majlis agama negeri-negeri, projek itu turut menarik minat pihak dari Singapura dan Brunei yang telah menyatakan hasrat untuk melawat dan melihat sendiri projek itu terutama dari segi urus tadbir tanah perkuburan Islam.

"Menerusi projek itu, tanah perkuburan Islam akan dinaiktaraf menjadi sebuah tanah perkuburan yang moden serta landskap yang menarik.

"Ini juga bertujuan menghapuskan persepsi negatif masyarakat terhadap tanah perkuburan Islam." katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan operasi projek Raudathul Sakinah Kuala Lumpur-Karak, di Taman Batu Muda, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment