My Add

Friday 2 November 2012

Imam Besar Al-Azhar akan dianugerah ijazah doktor kehormat UIAM

KUALA LUMPUR,  02 November, 2012: Imam Besar Al Azhar, Dr. Ahmad Muhamad Ahmed El-Tayeb akan menerima Ijazah Doktor Kehormat dalam bidang peradaban Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 16 November ini.

Pegawai Perhubungan Awam UIAM, Roslan Rusly berkata, Ketua Perlembagaan universiti itu, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan Ijazah Doktor Kehormat itu kepada El-Tayeb dalam satu majlis yang akan diadakan di Institut Pemikiran Islam dan Ketamadunan (Istac), Jalan Duta di sini.

Pada majlis itu, El-Tayeb dijadual menyampaikan syarahan yang akan dihadiri pengurusan tertinggi UIAM, katanya kepada Bernama. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment