My Add

Saturday 3 November 2012

Rais ziarah pelakon veteran Kuswadinata terlantar sakit

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 November, 2012: Pelakon veteran, Kuswadi Bujang atau lebih dikenali sebagai Kuswadina0ta yang kini terlantar sakit akibat kanser prostat dan kanser usus hari ini menerima kunjungan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Kuswadinata, 74, yang juga mengalami kerosakan buah pinggang sebelah kiri sering dimasukkan ke Hospital Ampang sejak Julai lalu.

Isteri Kuswadinata, Kamariah Mohd. Said ketika ditemui berkata, suaminya baru sahaja selesai menjalani satu daripada enam rawatan kimoterapi yang dijadualkan doktor.

"Keadaan beliau masih lemah dan mampu berbaring sahaja. Malah, beliau tidak mampu untuk berjalan," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.

Rais meluangkan masa kira-kira 30 minit di rumah Kuswadinata di Taman Rasmi, Ampang Jaya dekat sini dan menghulurkan sumbangan sebanyak RM10,000 daripada Tabung Kebajikan Artis kementerian tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment