My Add

Thursday 1 November 2012

Rakyat Malaysia di AS selamat - Anifah

KUALA LUMPUR, RABU, 31 Oktober, 2012: Rakyat Malaysia termasuk para pelajar yang berada di Amerika Syarikat (AS) berada dalam keadaan selamat.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, maklumat tersebut telah diterima dan disahkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Washington dan Konsulat Jeneral Malaysia di New York.

“Kita tidak menerima sebarang laporan mengenai rakyat Malaysia yang berada dalam bahaya.

“Namun, terdapat satu keluarga Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang La Guardia dan mereka kini dilaporkan selamat serta menetap di Clarion Hotel di Jamaica, Queens,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Anifah, pengisytiharan keadaan kecemasan di Washington menyebabkan Kedutaan Besar Malaysia ditutup kelmarin.

Beliau turut mengingatkan semua rakyat dan penuntut Malaysia di bahagian timur laut negara itu supaya sentiasa peka terhadap amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment