My Add

Friday 2 November 2012

Ratusan ribu borang BR1m 2.0 diedar pada hari pertama

CYBERJAYA, JUMAAT, 02 November, 2012:  Hari pertama pendaftaran permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 semalam, menyaksikan ratusan ribu borang diedarkan di seluruh negara.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, berkata orang ramai mula mendapatkan borang pendaftaran di kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pejabat Pembangunan negeri dan pejabat daerah, selain mendaftar secara online dan melalui organisasi tertentu.

“Hari ini mungkin tidak terlalu ramai pemohon kerana baru hari pertama. Selain itu, mereka yang sudah menerima BR1M sebelum ini juga tidak perlu lagi mengisi borang,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Inovasi LHDN di sini, semalam. - BH

No comments:

Post a Comment