My Add

Thursday 1 November 2012

Rayuan Cif Inspektor sertai semula PDRM dibenar

Oleh NORLIZAH ABAS
PUTRAJAYA, KHAMIS, 01 November, 2012: Seorang pegawai polis yang dipecat atas dakwaan cubaan rasuah, diperintah oleh Mahkamah Rayuan agar diterima semula menganggotai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), selepas rayuannya dibenarkan.

Cif Inspektor Owi Cheng Ian diperintah agar diterima semula dalam pasukan tanpa kehilangan faedah perkhidmatan. Dia dipecat pada 19 Mac 2009 ketika bertugas dalam Pasukan Gerakan Am (PGA) di Simpang Renggam, Johor.

Sehubungan itu, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 8 Oktober 2010 yang menolak permohonan semakan kehakimannya untuk mendapat perintah bagi membatalkan hukuman buang kerja, diketepikan.

Cheng Ian diwakili peguam-peguam G. Subramaniam Nair dan Ebrina Zubir manakala responden-responden iaitu Suruhanjaya Pasukan Polis Diraja Malaysia, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan. -UTUSAN

No comments:

Post a Comment