My Add

Thursday 1 November 2012

Penerbit drama dan TV3 selesai saman di luar mahkamah

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 01 November, 2012: Penerbit drama televisyen, Jurey Latiff Mohd Rosli dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) berkemungkinan menyelesaikan kes saman fitnah berjumlah RM10 juta di luar mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad dimaklumkan perkara itu di dalam kamar oleh peguam Norafzaniza Samsi yang mewakili Jurey Latiff, dan Jason Wee bagi pihak TV3.

Norafzaniza memberitahu pemberita bahawa kedua-dua pihak sedang cuba membuat penyelesaian di luar mahkamah dan hakim menetapkan 30 Nov untuk sebutan bagi mengetahui perkembangan daripada hasil perbincangan bagaimanapun sekiranya gagal, mahkamah menetapkan perbicaraan pada 13 dan 14 Mei tahun depan.

Pada 13 Januari 2009, Jurey Latiff memfail saman itu terhadap TV3 berhubung dakwaan menyiarkan perkataan fitnah mengenainya dalam rancangan hiburan "Melodi" pada 21 September 2008 dengan niat jahat sehingga merosakkan reputasinya sebagai penerbit.

Beliau memohon ganti rugi RM10 juta, ganti rugi teruk, teladan, kos dan relif lain.

TV3 dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 10 Februari 2009 berkata perkataan itu disiarkan dalam keadaan perlindungan bersyarat dan sebagai penyiar awam, ia mempunyai kewajipan sosial dan moral untuk menerbitkan apa sahaja pengetahuan mengenai penerbit yang tidak jujur dan tidak bermoral bagi membolehkan orang awam mendapat pengetahuan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment