Oleh NORLAILI ABD. RAHMAN
KUALA LUMPUR, ISNIN, 12 November, 2012: Malaysia dijangka mampu mencapai sasaran pertumbuhan pelaburan swasta tahun ini, didorong oleh pengukuhan pelaburan domestik yang menyerap kelembapan kemasukan modal asing akibat persekitaran ekonomi global yang tidak menentu ketika ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Noharuddin Nordin, Malaysia mensasarkan peningkatan pelaburan swasta sebanyak 11.7 peratus kepada RM127.9 bilion tahun ini.
Bagaimanapun, berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya di mana pelaburan asing dalam sektor elektronik menjadi sumber utama pertumbuhan, Malaysia kini sedang meningkatkan usaha mencari modal tempatan untuk mengambil peluang daripada kemerosotan dominasi China dalam sektor tersebut di tambah dengan masalah Eropah yang telah melemahkan lagi prospek untuk menarik wang dari luar negara. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment