My Add

Tuesday, 13 November 2012

Mayat bayi dalam beg kertas

*ANGGOTA polis memeriksa mayat bayi yang ditinggalkan di dalam beg kertas di belakang sebuah premis di Blok 19, Jalan Dua di Sandakan, semalam.

SANDAKAN, ISNIN, 12 November, 2012: Mayat seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan ditemui ditinggalkan dalam beg kertas di belakang sebuah premis di Blok 19, Jalan Dua di sini hari ini.

Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui dibungkus dengan kain dalam beg kertas yang turut berisi sampah kira-kira pukul 8 pagi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, mayat bayi berkenaan ditemui oleh orang ramai yang lalu di kawasan itu.

"Salah seorang individu membuat laporan di balai polis berhampiran kira-kira pukul 8.10 pagi memaklumkan penemuan mayat bayi itu," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment