My Add

Friday 2 November 2012

Semua sekolah dapat bantuan saksama - PM


*NAJIB Tun Razak dan Haniff Omar bersama wakil sekolah-sekolah terpilih selepas
 menyampaikan sumbangan daripada The Community Chest dan melancarkan
 laman web organisasi itu di Ampang, Selangor, s
emalam.
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 01 November, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan memastikan semua sekolah di negara ini mendapat bantuan secara adil melalui dana dan peruntukan yang disediakan setiap tahun.

Tegas Perdana Menteri, kerajaan telah memainkan peranan membantu sekolah-sekolah sejak dahulu lagi dan ia terbukti apabila sektor pendidikan menerima peruntukan kewangan tertinggi berbanding sektor lain.

Bagaimanapun, jelasnya, kerajaan sedar peruntukan yang disediakan masih tidak mencukupi berikutan bilangan sekolah yang besar.

"Kerajaan ikhlas membantu semua sekolah, namun tentu sekali peruntukan yang disediakan tidak mencukupi. Oleh itu, kita perlu kepada sumber-sumber tambahan," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan bantuan derma kepada sekolah-sekolah terpilih oleh The Community Chest di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) On Pong, Ampang, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan Pemegang Amanah Kehormat The Community Chest, Tun Mohammed Haniff Omar.

Dalam majlis sama, Najib melancarkan laman web The Community Chest, www.commchest. org.my bagi mendapatkan sokongan dan bantuan kewangan daripada pelbagai pihak.

Sejak tahun lalu, The Community Chest meluluskan peruntukan keseluruhan berjumlah RM100.2 juta kepada 302 buah SJKC, sekolah jenis ke bangsaan Tamil (SJKT) dan se kolah mubaligh.

Najib berkata, bagi sekolah vernakular seperti SJKC dan SJKT serta sekolah mubaligh turut mendapat pembelaan daripada kerajaan.

Sejak 2009, jelasnya, kerajaan memperuntukkan lebih RM1.2 bilion untuk pembangunan infrastruktur sekolah-sekolah berkenaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment