My Add

Friday 2 November 2012

Sokong penubuhan Suruhanjaya Diraja

Oleh METRA SYAHRIL
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 01 November, 2012: Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyokong cadangan agar Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat projek pembangunan di Lembah Sireh yang dilaksanakan secara usahasama oleh syarikat Liziz Standaco Sdn. Bhd. dan Kerajaan Pas Kelantan.

NGO terbabit, Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) dan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menyatakan sokongan tersebut ekoran cadangan yang dibuat Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Presiden OMBAK, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, usaha itu dilakukan kerana pihaknya kecewa berikutan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd. Shukri Abdull belum bertindak menjalankan siasatan terhadap skandal projek tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment