My Add

Saturday 3 November 2012

SPR pamer Rang Daftar Pemilih Tambahan

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 November, 2012: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan Rang Daftar Pemilih Tambahan (Rang DPT) Suku Tahun Ketiga 2012 bagi pemilih baharu dan pemilih berdaftar bertukar alamat di 948 lokasi di seluruh negara bermula hari ini sehingga 6 November ini.

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, Rang DPT itu mengandungi sebanyak 135,214 permohonan pendaftaran pemilih terdiri daripada 106,168 pendaftaran pemilih baharu dan 29,046 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.

Menurut beliau, setiap permohonan akan melalui sebanyak 148 tapisan termasuk semakan maklumat peribadi seperti kewarganegaraan, umur kelayakan dan kelayakan menjadi pengundi tidak hadir sebelum dimasukkan ke dalam data Rang DPT itu.

"Jika permohonan itu tidak melepasi tapisan tersebut, borang permohonan tidak akan direkodkan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment