My Add

Saturday 3 November 2012

Lapor jika hilang MyKad - SPR

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 November, 2012: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta individu yang hilang MyKad segera membuat laporan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) supaya penandaan kehilangan pada senarai nama pengundi dapat dibuat.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, langkah itu perlu untuk mengelak kemungkinan berlaku penipuan penggunaan MyKad yang hilang oleh individu lain.

"Penipuan begini cukup berisiko kerana kita tidak menggunakan sistem biometrik yang mengenal pasti pengundi melalui pengesanan cap jari dalam MyKad.

"Meskipun kes seumpama ini belum pernah pernah berlaku lagi namun kemungkinan untuk berlaku itu tetap ada kerana pengesahan individu yang layak mengundi dibuat berdasarkan 12 nombor pada kad pengenalan.

"Kita khuatir jika ada individu yang mencuri MyKad orang lain itu mempunyai rupa dan umur yang hampir sama, mengambil kesempatan pada hari mengundi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment