My Add

Saturday 3 November 2012

Terminal KLIA2 kendali 20j penumpang

SEPANG, JUMAAT, 02 November, 2012: Terminal KLIA2 yang dijadual menggantikan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) pada 1 Mei tahun depan dijangka mengendali 20 juta penumpang pada tahun pertama operasinya berbanding kapasiti lapangan terbang itu yang mampu menampung 45 juta penumpang setahun.

Selain 10 penerbangan yang akan berpindah dari LCCT dan terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke klia2, lapangan terbang itu yang kini 70 peratus siap juga dijangka menerima dua syarikat penerbangan baru iaitu Firefly dan Malindo Airways.

Pengurus Besar (Pembinaan) Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Mohd. Zaifuddin Idris berkata, klia2 apabila disiapkan nanti akan menjadi lapangan terbang pertama di dunia yang dibina khusus untuk penerbangan tambang murah.

''Sasaran jangka panjang kita adalah 50 peratus daripada penerbangan tambang murah di dunia akan mendarat di klia2. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment