My Add

Saturday 3 November 2012

Badrulamin antara 16 dibebas dengan bon

SHAH ALAM, JUMAAT, 02 November, 2012: Seramai 16 orang yang ditahan semasa konsert khas dipercayai cuba menghidupkan kembali ajaran sesat Al-Arqam di Bandar Country Homes, Rawang malam tadi, dibawa ke Mahkamah Syariah Gombak Barat di Kuang dekat sini untuk sebutan pendakwaan hari ini.

Kesemua mereka termasuk Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron akan disiasat mengikut Seksyen 12C Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 iaitu melanggar fatwa mufti.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin yang mengesahkan perkara itu berkata, kesemua 16 yang ditahan kemudian dibebaskan selepas dibenarkan ikat jamin dengan bon mahkamah.

''Kebanyakan yang ditahan adalah Ahli Lembaga Pengarah sebuah syarikat," kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment