My Add

Friday 2 November 2012

Ugut guna bom, peluru: 3 lelaki ditahan

GEORGE TOWN, KHAMIS, 01 November, 2012: Polis menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam enam kes pemerasan dan ugutan jenayah menggunakan peluru dan bom buatan sendiri yang berlaku sejak Mac tahun lepas, dalam satu serbuan di Padang Serai, Kedah semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abd. Rahim Hanafi berkata, serbuan pada 5.30 petang itu dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang bersama Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Utara di sebuah rumah di Taman Damai, Padang Serai, Kedah, hasil laporan orang ramai.

Beliau berkata, susulan laporan melibatkan enam kes yang dibuat oleh pengadu sejak Mac 2011, polis menjalankan risikan sehinggalah berjaya menangkap suspek dalam keenam-enam kes itu.

"Dua kes berlaku di daerah SPU (Seberang Perai Utara) dan empat kes berlaku di daerah SPS (Seberang Perai Selatan),” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah kereta Proton Waja, sepucuk pistol jenis semi auto bersama empat butir peluru nobel, dua butir peluru auto jenis .22, sebutir peluru jenis .38, sebutir peluru 9mm, empat biji bom buatan sendiri, 35 biji mercun bola, tiga bekas plastik berisi 'ball bearing' dan lapan buah telefon bimbit.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment