My Add

Saturday 3 November 2012

Utusan Malaysia dihalang buat liputan DUN PP

PULAU PINANG, JUMAAT, 02 November, 2012: Akhbar Utusan Malaysia hari ini dihalang daripada membuat liputan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula semalam hingga 9 November ini.

Wartawan Utusan Malaysia yang hadir untuk melaporkan perbahasan Bajet Negeri yang dibentangkan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng dilarang masuk sebaik sahaja tiba di pondok pengawal.

Berbanding semalam, wartawan Utusan Malaysia tidak dilarang, malah dibenarkan masuk hingga ke kawasan lobi bagi membuat liputan sehingga DUN habis bersidang pada kira-kira pukul 6 petang.

Kawalan hari kedua hari ini lebih ketat apabila wakil media dikehendaki mengisi borang khas dan menyerahkan kad perakuan media masing-masing.

Ketika ditanya kepada pengawal yang bertugas mengapa tidak dibenarkan masuk sedangkan tiada halangan pada hari pertama, pengawal berkenaan memaklumkan bahawa terdapat arahan daripada pihak atasan untuknya berbuat demikian. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment