My Add

Monday, 6 January 2014

15 terkorban dalam siri serangan bom di Baghdad

BAGHDAD, ISNIN, 06 Januari, 2013: Sekurang-kurangnya 15 orang terkorban dalam siri serangan bom di sini hari ini, selepas militan menyerang bandar-bandar utama dan beberapa bahagian barat ibu negara itu.

Kejadian itu menyaksikan tiga bom kereta dan satu letupan bom di tepi jalan berlaku di tiga bahagian berbeza di Baghdad, sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 orang turut mengalami kecederaan.

Serangan tersebut berlaku selepas pihak militan berjaya menawan bandar Fallujah dan sebahagian kawasan di Ramadi sejak beberapa hari lalu. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment