* MULA beroperasi...beberapa buah kenderaaan melalui Plaza Tol Bukit Gambir di Persimpangan Bertingkat Bukit Gambir, Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gambir, Ledang, Johor, hari ini. |
Tol kedua yang dibina di daerah ini, terletak antara Plaza Tol Tangkak dan Pagoh iaitu di Kilometer (km) 157.1, Lebuhraya Utara-Selatan dengan jarak sejauh 12.1 km dari Plaza Tol Tangkak dan 14.8 km ke Plaza Tol Pagoh.
Tinjauan Utusan Malaysia di persimpangan bertingkat itu mendapati, laluan masih lenggang dengan kebanyakan pemandu kenderaan keluar masuk adalah dari daerah ini yang mahu merasai pengalaman melalui lebuh raya tersebut.
Bagi kenderaan yang masuk dari Tol Tangkak dan keluar di Tol Bukit Gambir, bayaran dikenakan RM1.80 (kereta), RM2.80 (lori kecil), RM7.20 (lori besar), RM4.90 (teksi) dan RM1.40 (bas) manakala dari Tol Pagoh ke Bukit Gambir, bayaran adalah RM2.20 (kereta), RM3.40 (lori kecil), RM4.50 (lori besar) dan RM1.10 (teksi/bas). - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment