BNI akan buka lebih banyak cawangan kiriman wang
KUALA LUMPUR, AHAD, 27 Januari, 2014: PT Bank Negara Indonesia (Persero) Tbk (BNI), bank milik kerajaan Indonesia yang memberikan perkhidmatan perbankan komersil dalam dan luar negara, akan mengembangkan outlet wakil kiriman wangnya di Malaysia untuk menampung keperluan penduduk Indonesia yang semakin ramai bekerja di negara ini.
Harriny Yulianty, Timbalan Ketua Bahagian Komunikasi Korporat BNI, berkata, pada masa ini, terdapat enam outlet BNI di Malaysia, di pelbagai lokasi di Kuala Lumpur.
"Jika kita bandingkan pekerja Indonesia di Asia, Malaysia memberikan sumbangan yang paling banyak dengan 40 peratus (dari segi kiriman wang)," kata
beliau kepada Bernama ketika melawat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di sini.
Harriny berada di sini dengan dua delegasi lain, untuk menerima anugerah "Penyelesaian Pengurusan Tunai Terbaik Asia Tenggara Tahun Ini' dan 'Penyedia Kiriman Wang Terbaik Asia Tenggara Tahun ini'. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment