28 Februari keputusan kes saman Anwar terhadap penulis blog
KUALA LUMPUR, SELASA, 28 Januari, 2014: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan pada 28 Februari ini keputusan kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris selepas penulis blog itu terpaksa menutup kes pembelaan setelah tidak dapat mengemukakan saksi.
Pesuruh Jaya Kehakiman, Rosilah Yop menetapkan tarikh itu di kamar beliau pagi ini. Anwar menyaman Wan Muhammad Azri kerana mengaitkan beliau dengan paparan gambaran lucah dalam internet. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment