My Add

Sunday 26 January 2014

Keluarga mohon sijil berkelakuan baik untuk temui kanak-kanak

STOCKHOLM, 26 Januari, 2014: Wakil keluarga pasangan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden atas tuduhan memukul anak yang tidak solat memohon sijil berkelakuan baik bagi menemui keempat-empat anak pasangan itu.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Sheikh Nafiq Alfirdaous berkata, keluarga pasangan itu memohon sijil berkelakuan baik yang dikeluarkan Wisma Putra dan kemudian diluluskan Ketua Polis Negara sebelum surat itu dibawa untuk rujukan peguam mewakili kanak-kanak terbabit.

"Sehingga kini pihak keluarga sedang menunggu kelulusan bagi membolehkan mereka secara rasmi berhubung AHAD, dan bertemu dengan anak-anak pasangan (melalui peguam yang dilantik).

"Difahamkan sebaik sahaja surat ini diperoleh, wakil keluarga akan segera menemui kanak-kanak itu. Inilah antara maklumat terbaharu yang disampaikan Wisma Putra kepada kami," katanya kepada media Malaysia di sini hari ini.

Menurut laporan, pasangan berkenaan merupakan pegawai Tourism Malaysia di Sweden iaitu Azizul Raheem Awalludin dan isterinya, Shalwati Norshal seorang guru sedang dalam tempoh bercuti tanpa gaji, ditahan sejak 18 Disember lepas atas tuduhan mendera anak mereka atas alasan tidak bersolat.- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment